|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Isnin, 06 July 2009 09:24 |
|
CUTI AKHIR SEMESTER KHAS
IKBN Alor Gajah telah memperolehi kelulusan daripada pihak Bhg. Pembangunan Kemahiran, KBS untuk memberi Cuti Akhir Semester Khas dari 07 - 19 Jun 2010 kerana penganjuran Sukan Malaysia ke XIII Melaka 2010. Para pelajar dikehendaki pulang ke pangkuan keluarga masing-masing mulai 4 Jun 2010 dan dikehendaki melaporkan diri semula untuk peperiksaan/pembelajaran pada 20 Jun 2010 sebelum jam 6.00 petang. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Caw. Hal Ehwal Pelajar di talian 06-3851124 atau 06-3851259.
SUKAN MALAYSIA 2010
Gerak Kerja persiapan Sukan Malaysia XIII di sekitar IKBN Alor Gajah sedang dijalankan oleh seluruh warga IKBN Alor Gajah. Ia merupakan aktiviti khas sempena acara tersebut kerana IKBN Alor Gajah merupakan venue bagi acara Silambam dan Karate dan juga perkampungan atlit bagi sukan-sukan tersebut.
UJIAN KECEKAPAN KAWAD KAKI SEMESTER 1
Sesi ujian praktikal kawad sedang dilaksanakan oleh Unit Kawalan Disiplin kepada semua pelajar semester satu bagi melengkapkan penilaian UKK1111. Giliran ujian adalah mengikut jadual pembelajaran subjek umum.
|
|
Dikemaskini pada Khamis, 03 June 2010 08:50 |
|
Seterusnya...
|
|
|
Selasa, 06 April 2010 10:46 |
|
IKBN ALOR GAJAH JUARA LAGI!
Buat kali kelima berturut-turut, Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan IKBN/IKTBN Se-Malaysia 2010 yang telah berlangsung pada 19 – 22 Mei 2010. IKBN Alor Gajah telah merangkul 3 emas dalam acara Bola Jaring, Badminton Berpasukan dan Sepak Takraw. Sementara itu Bola Tampar Wanita telah menyumbangkan pingat perak. Pasukan Bola Jaring juga telah berjaya mengekalkan kejuaraan selama 4 tahun berturut. Kejayaan tahun merupakan pencapaian terbaik IKBN Alor Gajah dan misi untuk mempertahankan kejuaraan dengan tema “V 4 Victory” akhirnya tercapai.

Menurut Pengarah IKBN Alor Gajah, En. Mohd. Nizam Bin Ismail dalam ucapannya sempena Majlis Penyerahan Panji Perkasa pada 18 Mei 2010 yang lalu, “V” itu bukan sahaja bermaksud “Victory”, ia juga adalah mewakili nombor lima dalam huruf roman yang mana lima itu adalah misi untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut. “Menjadi juara mungkin sangat mudah tetapi untuk mempertahankan kejuaraan adalah bukan mudah” demikian menurut Sdr. Norizwan Noramali yang mewakili IKBN Alor Gajah dalam acara sepaktakraw.
Sementara itu jurulatih kecergasan juga merupakan pengurus pasukan sepaktakraw iaitu En. Mohd. Nasir Bin Kassim berkata, atlit telah didedahkan dengan latihan kecergasan intensif seawal jam 6.30 pagi setiap hari, seminggu sebelum kejohanan berlangsung bagi memantapkan fizikal dan juga kekuatan mental atlit. “Mereka ini (atlit) antaranya telah menempuh larian rentas desa sejauh 12km, ujian kepantasan memanjat menara, rempuh halangan dan latihan “flying-fox” sebagai mengisi jadual latihan intensif yang telah bermula pada 10 Mei 2010 yang lalu”. Pada tahun ini atlit juga didedahkan dengan ceramah motivasi sukan oleh En. Mohd Isa Bin Mohd Nor. Beliau merupakan Penasihat Pusat Kecergasan Komuniti Bukit Kiara. Pengarah juga sudi untuk bersama memotivasikan atlit semasa sesi tersebut.
Oleh:Uncle Boy Gambar:Nasir |
|
|
|